Aku manusia yang mahu menjadi insan
Tuhan tolong tunjukkan aku jalan
Jalan Menuju Ke Pulau Harapan
Dengan Harapan AKu Mampu Beri Senyuman
Hidup ini satu fitrah
Ada yang betul kadangkala ada salah
Itu makhluk yang bernama manusia
LUPA ,LEKA , akhirnya hancur BINASA
Tak lalu manakan tahu
Mana pangkal yang mana hulu
Aku manusia yang mahu menjadi insan
Tuhan tolong tunjukkan aku jalan
Jalan Menuju Ke Pulau Harapan
Dengan Harapan Aku Mampu Beri Senyuman
Sampai bilakan tertahan
Perasaan yang dibelenggu kehitaman
Bukankah ini yang dinamakan kehidupan
LUPA ,LEKA ,akhirnya hancur binasa
Tak lalu manakan tahu
Mana pangkal yang mana hulu
Usah kau ungkap dengan kata-kata
Kerna pancaindera telah menyaksikan
Semua yang ada ini hanyalah sandaran MAJAZI
Akhirnya berbalik pada diri itu sendiri
~ Azreel Azhar 2010 Sav Records ~
0 comments:
Post a Comment